FBS Terus Mendahului Dengan Aplikasi Peranti Pintar dan Program IB Terbaik Asia
SINGAPORE -
Media OutReach Newswire - 29 April 2025 -
FBS, broker global terkemuka, dengan bangganya mengumumkan pencapaian terbarunya:
Best Mobile Trading App Asia 2025 dan
Best IB Program Asia 2025, yang dianugerahkan oleh
International Business Magazine.
FBS Terus Mendahului Dengan Aplikasi Peranti Pintar dan Program IB Terbaik Asia
Aplikasi trading yang memperkasakan
FBS telah lama mengutamakan penyediaan prasarana yang berkuasa dan intuitif untuk para pelanggannya. Aplikasi peranti mudah alih yang menggondol anugerah ini membuktikan kededikasian tersebut. Direka untuk memenuhi keperluan trader dari semua tahap
Dengan carta masa-nyata yang dikuasakan oleh TradingView, lebih daripada 550 instrumen trading, deposit dan pengeluaran yang dipermudahkan, serta pelaksanaan pesanan yang pantas, aplikasi ini menjadikan trading lebih efisien dan mudah diakses pada bila-bila masa, di mana sahaja. Carta boleh dilaras suai, bantuan khidmat pelanggan dalam aplikasi 24/7, dan perlindungan data yang kukuh menyediakan pengalaman pengguna yang lancar. Sama ada pelanggan sedang membuka urusniaga panas atau menganalisis trend harga, FBS memastikan semua yang mereka perlukan ada tersedia di hujung jari.
Program IB kelas premier untuk menggapai lebih tinggi
Anugerah
Best IB Program Asia 2025 mengiktiraf kejayaan model pertumbuhan yang didorong oleh partner di FBS. Dengan lebih 700,000 orang partner di seluruh dunia, Program IB FBS memberdayakan individu untuk memulakan bisnes mereka sendiri tanpa pelaburan awal.
Partner FBS meraih komisen sehingga 43% daripada setiap urusniaga yang dibuat oleh pelanggan yang mereka perkenalkan kepada syarikat. Mereka juga mendapat akses kepada alat pendidikan dan sumber pemasaran untuk membina reputasi dan membantu membimbing trader di rantau mereka. Dengan lebih 100 kaedah pengeluaran dan pengiktirafan global yang diyakini, partner FBS mendapat faedah dari fleksibiliti, skalabiliti, dan jenama yang kukuh.
FBS dengan bangga akan terus menyokong rangkaian partner dan trader mereka di seluruh dunia, menjadikan pasaran kewangan lebih mudah diakses, mesra pendidikan dan memberikan prospek pulangan yang lumayan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FBS dan perkhidmatannya, lawati
FBS.com.
Penafian: Bahan ini bukanlah satu seruan untuk berdagang, nasihat perdagangan, atau cadangan dan ia tidak lebih daripada sekadar satu pemakluman semata-mata.
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang FBS
FBS adalah jenama global yang menyatukan beberapa syarikat broker bebas di bawah lesen FSC (Belize), CySEC (Cyprus), dan ASIC (Australia). Dengan 16 tahun pengalaman dan lebih 100 anugerah antarabangsa, FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling dipercayai di pasaran. Hari ini, FBS memberi perkhidmatan kepada lebih 27,000,000 trader dan lebih 700,000 partner di seluruh dunia.