Cerebrill dan Rakan Kerjasama Menyokong Generasi Baharu Bakat Catur Menerusi Kejohanan Catur DPulze Cerebrill Aidilfitri FIDE Rated



CYBERJAYA, MALAYSIA Media OutReach Newswire – 15 April 2025 - Cerebrill, sebuah organisasi yang komited dalam menyokong kesihatan dan pembangunan kognitif, baru-baru ini telah menganjurkan kejohanan catur DPulze Cerebrill Aidilfitri FIDE Rated Chess dengan kerjasama AMS Brilliant Move, Kelab Sukan dan Rekreasi Madani, serta Marcus Chess Academy.

Para pemenang di kejohanan DPulze Cerebrill Aidilfitri FIDE Rated bergambar bersama medal dan sijil mereka, bersama dengan pihak penganjur acara.
Para pemenang di kejohanan DPulze Cerebrill Aidilfitri FIDE Rated bergambar bersama medal dan sijil mereka, bersama dengan pihak penganjur acara.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini telah diadakan di pusat beli-belah DPulze di Cyberjaya pada 12 dan 13 April 2025, serta berjaya menarik lebih 400 peserta sepanjang dua hari tersebut. Hari pertama menyaksikan kejohanan terbuka yang kompetitif, dengan lebih 130 peserta bersaing merebut kejuaraan dalam suasana kejohanan yang diiktiraf FIDE. Juara membawa pulang RM500, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM300 dan RM250. Semua pemenang turut menerima sijil dan pingat.

Hari kedua pula memberi tumpuan kepada pemain muda bawah 14 tahun, dengan lebih 270 peserta mempamerkan kemahiran dan semangat mereka terhadap permainan catur. Kejohanan ini merupakan titik tolak penting dalam perjalanan catur mereka, dengan membantu mengasah kemahiran masing-masing ke tahap yang lebih tinggi. Hadiah yang ditawarkan termasuk RM300 untuk juara, RM200 untuk naib juara, serta anugerah khas untuk pemain terbaik kategori bawah 10 dan bawah 12 tahun, dan juga pengiktirafan khas untuk pemain wanita terbaik.

Andy Tan, Pengurus Produk di Cerebrill berkata, "Di Cerebrill, misi kami adalah untuk memperkasakan minda dengan mencipta peluang yang mempromosikan kesihatan dan perkembangan kognitif. Kami percaya catur adalah permainan yang efektif untuk mengasah kemahiran ini. Kami berasa amat bertuah dapat bekerjasama dengan mereka yang mempunyai visi yang sama, dan bersama-sama, kami akan terus membuka peluang untuk bakat muda berkembang serta mencapai kejayaan. Kejohanan ini adalah langkah permulaan bagi komitmen berterusan Cerebrill dalam menyokong golongan muda dalam dunia catur dan komuniti catur secara keseluruhannya."

[Dari kiri ke kanan] Aqilah Husna dan Poh Yu Tian
[Dari kiri ke kanan] Aqilah Husna dan Poh Yu Tian

Cerebrill kekal sebagai penaja bagi dua duta catur iaitu Poh Yu Tian, pemain catur termuda Malaysia yang memegang gelaran International Master, dan Aqilah Husna, bakat baru dengan potensi luar biasa. Organisasi ini juga menyasarkan untuk terus menyokong komuniti catur tempatan dengan menganjurkan lebih banyak kejohanan di pusat beli-belah kejiranan di seluruh negara, melalui kerjasama dengan organisasi catur tempatan di seluruh negara.

Kejohanan seterusnya anjuran Cerebrill dijadualkan berlangsung pada 14 Jun 2025 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor. Butiran lanjut akan dikongsi kelak. Dapatkan informasi terkini mengenai acara dan inisiatif terbaru Cerebrill dengan melayari laman web www.cerebrill.my.

Matlamat Cerebrill untuk mempromosikan kesihatan kognitif dan mental melangkaui sekadar acara dan penajaan. Dengan perkhidmatan yang akan datang seperti terapi neurofeedback, serta perancangan untuk memperkenalkan sistem sokongan profesional, termasuk kaunseling peribadi dan berkumpulan, inisiatif ini bertujuan membantu individu daripada semua peringkat umur dalam meningkatkan kesejahteraan kognitif dan mental mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Cerebrill, sila hubungi Andy di +60 11-5136 1013 atau melalui andy@cerebrill.my untuk mengetahui lebih lanjut.






Hashtag: #Cerebrill

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
SOURCE:

Cerebrill

CATEGORY:

Event & Exhibition

PUBLISHED ON:

15 Apr 2025 03:30pm

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW