WM Senibong Mencapai Kadar Pengambilan 100% untuk Kew Green 1; Projek Sulungnya di Iskandar Puteri, Johor Bahru Barat



JOHOR BAHRU, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 13 Mei 2025 - WM Senibong Sdn Bhd mengumumkan bahawa Kew Green 1, yang dibangunkan oleh syarikat, telah mencatat kadar pengambilan 100% dalam tempoh hanya tiga bulan sejak pelancarannya pada Disember 2024.

Kew Green 1 menandakan pelancaran presint pertama di The Kews; komuniti induk terancang seluas 38 ekar oleh WM Senibong. Kew Green 1, yang merupakan fasa sulung terdiri daripada 171 unit rumah teres terancang 2 & 3 tingkat (Pine, Fir dan Elm); berharga antara RM1.1 – RM2.1 juta.

Terletak di dalam kawasan pembangunan Leisure Farm di Iskandar Puteri, Johor, hanya 10 minit dari Singapura melalui Tuas Second Link —Kew Green melambangkan komitmen WM Senibong untuk menyediakan kawasan kediaman berkualiti tinggi untuk pemilik rumah arif yang menghargai ketersambungan, keselesaan dan kehidupan mewah yang cakna. Di tengah-tengah pembangunan adalah sebuah rumah kelab persendirian yang mempromosikan kesejahteraan dan kehidupan masyarakat. Penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan yang direka dengan teliti termasuk gimnasium dalam dan luar bangunan yang serba lengkap, taman atas bumbung, kawasan BBQ, taman permainan, laluan joging, taman tasik rekreasi dan stesen kecergasan luar — semuanya direka untuk menyokong gaya hidup sihat dikelilingi alam semula jadi. Diperakui dengan Penarafan Emas GreenRE, semua rumah mencerminkan gabungan kepimpinan alam sekitar dan reka bentuk yang inovatif;. menawarkan kemudahan berwawasan di dalam persekitaran mewah berketumpatan rendah.

Kew Green menempatkan penduduk dalam jangkauan kemudahan utama seperti Kelab Golf Senibong, Educity, Gleneagles Medini dan Nusajaya Tech Park, menjadikannya ideal untuk para keluarga, pekerja profesional dan pesara yang mencari kombinasi ketenangan dan akses bandar yang jarang ditemui.

Ketua Pegawai Eksekutif WM Senibong Sdn Bhd, CK Quay berkata, "Pemilik rumah baharu kami terpikat dengan reka bentuk eko-mewah, di mana seni bina dan alam semula jadi yang tersendiri digabungkan dengan harmoni, mewujudkan komuniti yang tenang dan mampan. Kadar pengambilan yang cepat mencerminkan permintaan rentas sempadan dan juga tempatan yang semakin meningkat untuk kehidupan mewah yang cakna di wilayah Iskandar Puteri yang berkembang pesat, didorong oleh perkembangan serantau yang menarik termasuk RTS dan SEZ yang akan datang. Penduduk di sini akan menikmati kediaman luar biasa yang terletak di antara taman-taman dan kawasan taman, namun kekal terhubung dengan mudah ke hab perniagaan dan gaya hidup."

Bakal pemilik rumah kini boleh menantikan pelancaran fasa ke-2 Kew Green yang dijangka pada bulan Ogos 2025. Kew Green 2 akan terdiri daripada 160 unit rumah berkembar 2 dan 3 tingkat (Birch & Oak), rumah kluster 2 tingkat (Cassia) dan rumah teres 2 tingkat (Palm). Harga dijangka bernilai antara RM1.4 – 3.8 juta.

Dengan fokus pada privasi, kemampanan dan kesejahteraan komuniti, Kew Green menawarkan kediaman eksklusif yang disusun khas untuk dinikmati oleh keluarga dengan jaminan nilai jangka panjang di salah satu koridor pertumbuhan yang paling berpotensi di Johor. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari www.thekews.com.my.


Hashtag: #WMsenibong #KewGreen #IskandarPuteriJohor

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
TENTANG WM SENIBONG
TENTANG WM SENIBONG
WM Senibong ialah pemaju pemenang pelbagai anugerah yang terkenal dengan komuniti terancang induknya seperti Senibong Cove, Crest@Austin, The Kews dan Centennial ParcVista di bahagian selatan Malaysia. Dengan bank tanah strategik seluas lebih 2000 ekar dan unjuran GDV lebih RM30 bilion, WM Senibong terkenal dengan pendekatan membina perjiranan yang unggul; dengan memberi tumpuan kepada mewujudkan persekitaran yang mengutamakan pengalaman manusia, kesejahteraan dan semangat kekitaan; tanpa menjejaskan reka bentuk dan nilai. WM Senibong komited untuk membina komuniti yang mampan untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.
SOURCE:

WM Senibong Sdn Bhd

CATEGORY:

Property

PUBLISHED ON:

13 May 2025 12:00pm

Past Press Releases

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW