FBS Menerima Pengiktirafan Berprestij Industri: "Best Forex Broker Asia 2025"



SINGAPURA – Media OutReach Newswire – 14 April 2025 - FBS, broker global terkemuka, meraikan satu pencapaian besar. Syarikat ini telah dinamakan sebagai Best Forex Broker ASIA 2025 oleh World Business Outlook, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai peneraju industri yang diyakini merentasi seluruh landskap kewangan Asia.

MDP-8405 1200х800-1

Penghargaan ini mencerminkan tekad berterusan FBS dalam memperkasakan pedagang dengan penyelesaian terkini, platform perdagangan yang inovatif, dan fokus yang kuat terhadap kejayaan pelanggan. Dengan pengalaman lebih 16 tahun di pasaran dan kehadiran di lebih daripada 150 negara, FBS terus membina reputasi cemerlang — terutamanya di Asia, di mana komuniti perdagangan sedang berkembang pesat dan menuntut perkhidmatan yang terbaik.

Semua yang anda perlukan untuk gaya hidup perdagangan yang efisien ada pada janji yang ditawarkan oleh FBS kepada setiap pelanggannya. Dengan terma dan syarat perdagangan yang mengagumkan seperti leveraj sehingga 1:3000, komisen serendah sifar, spread dari 0.7 pip, dan pelaksanaan pesanan ultra pantas sesingkat 0.01 saat, broker ini memberikan kelebihan yang benar-benar kompetitif. Deposit bermula dari hanya $5, menjadikan pasaran lebih mudah diakses oleh semua pedagang berbanding sebelum ini.

Selain daripada pengiktirafan yang berprestij tersebut, FBS juga telah dianugerahkan dengan gelaran Best Forex Customer Service Broker ASIA 2025, menyerlahkan pendekatan syarikat ini yang berpaksikan pelanggan. Daripada sokongan pelbagai bahasa 24/7 kepada sumber pendidikan dan perkhidmatan terlokal, FBS memastikan setiap trader menerima panduan dan alat yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran yang dinamik pada hari ini.

"FBS membantu trader berkembang menjadi lebih mantap pada setiap langkah dalam penerokaan perdagangan mereka," kata seorang wakil FBS. "Anugerah ini membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami. Kami berbesar hati diberikan kepercayaan untuk memberikan perkhidmatan kepada jutaan trader di seluruh Asia dan akan terus komited menjadikan perdagangan lebih mudah diakses, menguntungkan, dan selamat

FBS mengucapkan terima kasih kepada World Business Outlook dan komuniti perdagangan globalnya. FBS melihat pencapaian ini bukan sebagai matlamat akhir tetapi sebagai pembakar semangat untuk terus beraksi cemerlang dalam setiap interaksi.

Penafian: Bahan ini bukanlah satu seruan untuk berdagang, nasihat perdagangan, atau cadangan dan ia tidak lebih daripada sekadar satu pemakluman semata-mata.









Hashtag: #FBS #trading #forex #Asia #Broker

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang FBS
Tentang FBS
FBS adalah jenama global yang menyatukan beberapa syarikat broker bebas di bawah lesen FSC (Belize), CySEC (Cyprus), dan ASIC (Australia). Dengan 16 tahun pengalaman dan lebih 100 anugerah antarabangsa, FBS terus berkembang sebagai salah satu broker yang paling dipercayai di pasaran. Hari ini, FBS memberi perkhidmatan kepada lebih 27,000,000 pedagang dan lebih 700,000 partner di seluruh dunia.

SOURCE:

FBS

CATEGORY:

Finance

PUBLISHED ON:

14 Apr 2025 12:00pm

Past Press Releases

MORE
#Finance #Advertising, Marketing & Public Relations

29 April 2025 1:40pm HKT

FBS Continues to Lead with Asia’s Best Mobile App and IB Program

#Finance #Philanthropy and Social Investments

15 April 2025 1:00pm HKT

FBS Enhances Local Rescue Capabilities in Thailand with Critical Equipment Donation

Talk to Media OutReach Newswire today

CONTACT US NOW